oh aku & dia
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua di pantai yang deru ombaknya menggamit memori zaman kita di tadika Kemas. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu yang pernah didendangkan oleh kompratasa suatu ketika dulu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut Jazz dan pelapik peti ais.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka yang tak dapat ditongkah oleh Giant.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Namek itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan bara di Utara Laos. Kau pergi jua selepas Proton Saga berjaya dilancarkan dan ketika itu Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok kelapa sawit secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit kayap dan ketumbit kronik secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar secara terbalik setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi pada siaran radio di rumah Johan. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa raya nan tidak bertepi, apabila daya tarikan graviti terhadap ku tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga medula oblongataku tidak dapat berfungsi dengan lancar. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap hanya ditemani kunang-kunang yang kehabisan bateri dan stalaktit serta stalagmit yang bagaikan sembilu menerjah kelopak bunga tayar yang terbiar tanpa arah tuju di selekoh depan surau AsSobirin Qariah Jenderam Hilir.Teringat kembali memori syahdu tatkala kita bersorak riang menjayakan hari kantin sekolah..
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat depan basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah, menongkah arus dan membanting tulang. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1 ke ruang angkasa raya, ketika itu Edisi Siasat baru sahaja menayangkan sirinya yang pertama. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan kawan abang iparku ketika menampal tayar. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Aku sering kali menari mengikut rentak lalang ditiup angin seolah-olah kolaborasi antara Paranawey, Shuftle dan Melayu Asli...lama-kelamaan aku bosan lantas aku mengail berumpankan selipar jepun sebelah kiriku. Sudah tiada apa yang perlu ku juangkan di dunia ini, lebih tertekan lagi apabila roti telur yang kubuat malam tadi tinggal suku dimakan tikus gersang yang sudah berdekad lamanya tinggal di loteng bilik bujangku.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang, ternyata sikapmu ibarat beg tertanggal zip. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar nombor plat basikal nekNab dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Jiwaku meronta. Ingin saja aku berduet dengan Yuna setelah gagal menyertai kumpulan My Chemical Romance, tetapi apakan daya.. warden blok aku menentang keras. Apapun Aku bersyukur.. jamban masih menerimaku.
Mengapa?Mengapa sayangku? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh batinku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri yang tak bertepi.Tak dapat ku bayangkan darah yang tersembur keluar tatkala tok Imam menyembelih kibas korban dua tahun lepas. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni getah sekerap yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak padang pasir dan 386 ekor anak siamang jantan. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter dan yang terbaru, Monorail hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera dan pesemboq. Aku bukanlah juru jual ParkSern, penghantar McDonald's, Guru pjk atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman Taro seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari akan kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di kawasan luar bandar tambahan pula loji petronas baru-baru ini sudah kehabisan sumber. Aku sedar diriku ini kerdil walaupun saiz kakiku bersaiz 13. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi roti arab special dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin Tamiya telah pun aku cincang untuk dibuat makanan ikan sepat jiran sebelah.Basikal yang sewaktu dulu acapkali kita naiki bersama telah ku gantung di jalan P.Ramli sebagai salah satu monumen negara. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok pisang ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, selagi chipeta bermain untuk perlis...aku tetap menunggumu sehinggalah afganistan bebas dari Amerika laknat. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka, lagi manis jika aku makan kuih melaka di beranda waktu petang. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..