JOM SELONGKAR!

Wednesday 29 June 2011

DOMAIN SUEZ office & gallery II

 entrance view

 waiting area
(depa dah tukaq, sebelum ni showcase/galeri)

showcase/galeri + discussion area


huh! lebang mato kawe. kijo satu malang ni. nate beghuk betu. 'amend saje pun' katanya time call, hah bila sitdown sama, totally change..harems! takpa, inilah sebahagian dari cabaran =)

Friday 24 June 2011

nota aku - lighting dari photoshop

untuk lighting lagu ni sepatutnya untuk view perspektif manual. 
tapi malas la pulak nak scan-scan.. aku drag je gambor 3d tah pahape ni =p


jom berkongsi ilmu. ni la cara aku kalau nak ilmu tu tak hilang. lmaklumla harddisk dekat kepala ni kekadang terformat secara tak sengaja.hahah..selalu kalau buat perspektif manual kalau nak buat lighting kena pkai pastel kan..abeh, kotoq jari na...haha. so, untuk cara advance, pelbagaikanlah lagi medium kita tu manual + computerize. sebenarnya masa buat manual tu kita render draft pun takpa, sebab dekat photoshop ni kita boleh kasi make-up kaw lagi!..kalau ada sesiapa perasan muzium negara punya manual perspektif..haoliaw kan?!.. sikit saja tu tang render manual dia..selebih dia depa dok touch-up pakai komputer. alangkah bestnya kalau aku diberi peluang untuk create 3d view manual for real project..dalam mimpi boleh la kot.heheh =)


tapak kasut juga tapak kakiku

tak pasti la dekat malaysia ni ade ke tak official dealer dia.

mula-mula pandang memang pelik bila tengok kasut ni. macam katak + buaya + serangga pilahan pun ada.
tapi lama-lama kool weh! mulanya kasut ni dereka khusus untuk mereka-mereka si pemanjat batu batuan tegar. dekat malaysia tak banyak bukit batuan ni. kalau ada pun tak sesuai untuk di panjat. hutan hujan tropika batu dia jenis bulat + permukaan licin. di negara yang kurang hujan batu batuan depa belapis-lapis akibat hakisan angin. vibram ni bijak, dia keluarkan banyak version. daripada aktiviti lasak sampailah nak turun town katenyeh..haha. ade satu dealer dia
'http://e-garage-sales.blogspot.com' tak silap aku..belah-belah lumut, perak sana. aku mesti angkat satu hari nanti!

Thursday 23 June 2011

kubiq sdn. bhd

 view at reception counter

view at gallery

oren yeaw!..jarang aku buat design scheme gini. kena ikut corporate image client la kan..hahah. ini pun kerja satu malam je. nasib baik esoknya kerja keluar jumpa klien..kalau tak, dah lame tersembam di skrin komputer.

DOMAIN SUEZ office & gallery

 view at waiting area

view at reception counter / showcase gallery

view at reception counter / showcase gallery 
(see through from waterfall)
ayo tu teman ghase macam tak puas hati je =(


gile punya job nih bagi aku yang stage amatur, dapat malam isnin, submit siang rabu. dah la kat ofis tak dapat curi masa buat mende ni. ape pun sori la ye en.klien..sapa suruh potong masa dateline.

teringat aku mase awal-awal dip. dulu..skim warna tu lah yang selalu aku guna untuk create design..sampaikan en.nizam habaq, 'din, u tak bosan ke main scheme lumut ni..dull u tau..' nak buat lagu mana...warna tu ja kuricolor  aku ada..segan lah asyik mengundang pinjam-pinjam kat kawan..ye tak..

Sunday 19 June 2011

bike stool

amacam.internasionale tak?

presentation board


development of idea

 wireframe 3d view

inilah hasil kerja 3d aku yang time tu baru nak bertatih. 
tenkiu rakan-rakan 
prototye finish model

kalau kereta test drive, 
kalau stool ni sitting test kot =)

inilah design stool aku dalam subjek 'Furniture Design', kira final projek untuk dip. aku la ni. boleh la kalau nak dikatakan puas hati. pasal result dia thumbs up bebs =D

perspektif manual aku.adess!

1st perspektif aku buat totaly manual yang aku pulun habis(time tu la). 
time ni 3rd sem. dip. kt perak. memang hauk gila.
langkah bendul ke apa aku ni terus buat view 2 point :p

ni view 2nd aku buat. area ni kalau tarik 2 point tak lawa.
so, aku buat la 1 point jeh..pun tak lawa jugak..hehe

 yang ni sebenarnya dah letih gila gaban tahap BKY dah ni. 
nasib baik ade rupa walau tak lawa

haa..ni dia!..inilah gambar disebalik tabir. kenapa? movie je yang ada disebalik tabir? aku pun boleh buat jugak la..hehe. saja je aku snap pakai W810i aku. tak sangka pulak aku masih simpan gambar ni lagi. kalau tengok dekat bawah kanan. waktu tika itu adalah 6:21a.m..itulah kalau ambik ID =)


ni 1st projek aku time semester 3 kalau tak silap. kena design untuk 'SPA'..site time tu  'ofis Hwa Yang' dekat traffic light bandar U. exited jugak la pasal masa tu tengah dok gila dengan konsep kontemporari katanya.hahah.. spa aku ni banyak aku refer gambar-gambar spa dari Bali..bila datang crit. letih jugak la nak explain dekat lecture ni..pasai depa ni tak mau kita buat benda yang sama dengan student lain.. so, cara aku senang je..aku sketch lebih kurang, lepas tu ngadap la depa ni.. takda lah teruk sangat kena tiaw kan.. kalau jenis lecturer yang rajin, depa akan develop lagi apa yang kita sketch tu. aku respek lecturer yang gitu. tapi sedih gak..projek ni aku tak pulun habis pun. layout not fully rendered, section & elevation lagi la..haha biasa lah, memang sudah lumrah id = last minute.

frisbee oh frisbee

 ini adalah frisbee

ini adalah frisbee frisbee frisbee


creator group frisbee dekat FB. 
(aksi lompatan 786mm dari permukaan bumi!)

aksi otai tahap dewa 19 

aksi juara karaoke daerah banting 

si penembak tepat. antara mangsa : badan jesinair, kepala akak tu (laki dia usha panas jeh), pokok pinang, dll

 budak ni biase-biase aje. tiap kali main pagi mesti kasut basah kena embun. adess!

i love sabah! *cool pai =)

FRESBEE. inilah sukan utama aku la ni setelah bekerjaya. sukan ni tak perlu kerah kudrat sangat pun untuk main. kalau main bola, futsal, badminton, gusti, lawan pedang, besok pagi bangun tido mesti hazab gila badan! main frisbee ni rilek jeh, cume kaki je kekadang malam-malam miang gatal pasal kene rumput padang..heheh. sukan ini bukan seperti permainan congkak, batu seremban, tepuk terup ok. sukan ini adalah sukan yang mengeluarkan peluh (pasal nak kejor piring depa dok baling melencong tu yang letih sebenornye).hohoh

frisbee sudah cukup popular dekat negara barat. cuma di malaysia je sukan ni masih samar-samar kurang dikenali masyarakat. selalu la dengar kalau tengah dok main tu..ada orang lalu sambil berkata "tu bukan piring yang baling kat anjing bagi anjing tu tangkap ke macam dalam cerite tu.."...no! frisbee ini ada sejarah dia sendiri ok.. kebetulan je sama konsep die dengan flying disk untuk anjing tu. info sikit la.. ia telah direka sekitar tahun 1900 oleh 'Wham-O toy company' dan selepas itu banyak la revolusi berlaku pada frisbee ini sampai lah terhasilnya shape frisbee seperti gambar diatas tu. ade official group dekat malaysia ni. ultimatemalaysia. aku beli piring - piring tu pun kat depa lah..hahaha.

oh, lupa nak habaq..nampak macam senang nak main betui tak. "eleh..frisbee ni, kalau aku..tangan kanan baling, tangan kiri kupas kacang je la" wah! lu try dulu la pun kan.adoi!.. frisbee ni ade beberape teknik balingan dia. payah nak kabor kat sini. selanjutnya search la ye kat youtube. cara permainan dia ade la dalam 60% sama seperti ragbi. frisbee boleh dirampas ketika berapa di udara. kalau main 4 sebelah pun dah ok. tapi untuk mengumpulkan seramai 8 orang susah bebs. biasa main dalam 4,5 orang je..ala, main baling - baling gitu pun ok sekadar mengeluarkan keringat di badan. betui tak =)

Saturday 18 June 2011

oh kendama!




4 peringkat pada permainan kendama


dulu sewaktu dibangku sekolah, selalu nampak benda alah ni nobita main time baca  komik doraemon. kalau kita ada gasing, guli...orang jepun depa punya permainan tradisi 'kendama' ni la habaq ang. macam develop dari kayu tiktok pun ada betui tak..kebetulan sama kut.

serius mencabar! sapa yang dah ada phD pun belum tentu mampu menghabiskan semua tahap permainan kendama ni. kalau khairul fahmi...mesti beliau tak berminat mainan ni...buang mase katanya. lebih baik sarung glove berlatih kat padang nu..untung-untung MU pandangn nanti..hohohoho....

sabtu lepas aku saja pergi central market dengan ajib..dia dapat tau ada satu kedai jual frisbee dekat CM tu. adalah terdapat satu kedai namanya tak silap 'gamers conner' dekat 1st floor.walauwweh..dalam kedai tu penuh dengan mainan - mainan yang sungguh senggama minda!..permainan klasik yang sungguh menguji pemikiran. secara tak sengaja aku pun terbeli kendama ni.cess! tapi ok jugak..sekurang - kurangnya aku boleh merasai apa yang nobita main sewaktu aku darjah 2 dulu..hahah =)

Friday 17 June 2011

'fixie bycle' dulu sekarang dan masa hadapan



 la ni punya design (tak banyak beza pun dari awal ia dicipta)

tu dia paktam!..concept design for the future

tebaik seh 3d depa nih.

oh fixie!..i like, tapi nak buat lagu mana..bila pikir usia, macam dah tak sesuai ja..haha. aku suka gila kat fixie ni..pernah lah buat bajet 2011 untuk angkat satu. tapi bila memikirkan dari segenap aspek kehidupan aku..memang tak berapa sesuai untuk insan macam aku nih.aduh!

gambor 1st dekat atas tu common design yang kita biasa lihat anak-anak muda sekarang pakai kan. trade mark fixie ni adalah 'tanpa brek' dan 'gear tetap'..time zaman matbas(matbasikal) aku dulu depa panggil 'beskal prewel mati'..kira tahap otai la yang mampu handle basikal tu.haha. nak 'berfixie' ni kena ada komuniti, tak syok single ride kan..bayangkan lah kita dok nonggeng naik basikal tu sorang-sorang..hari tu ada sorang awek baju pink menunggang sebuah fixie ni dekat taman metropolitan..aduh! hot gila..kalau time tu aku jogging one way dengan dia dah lama aku kejar belakang..kalau ada jodoh kita berjumpa  lagi na..haha.

2nd pic tu aku rasa cool gila gaban habang hang (loghat fitri). design basikal tersebut adalah dari Chris Boardman's Concept dimana belum ada lagi prototype yang dihasilkan. kalau kak.wa naik basikal ni mesti nampak muda 5tahun.serius.hee.. yang penting basikal tu memang dah provide compartment untuk ipad. tu dia depa punya strategi nak promote product apple depa tu..peace yeaw!

 

fuh!..new design for 'payung'




sori bro payung wa tak kembang lah = sori kawan aku takda duit lah

ayat kat atas tu tak ada kena mengena pun..saja je translate ayat matrempit..hahah
ramai dah tau kot design baru bagi generasi payung kat dunia ni. dikeluarkan oleh 'Nubrella company' dengan harga $59.94. kalau kali dengan tiga hampir dua ratus la jugak kan..haha..mampu tak mampu je kita sebagai golongan negara kelas ketiga. 
dari segi pemikiran aku lah kan, agak praktikal jugak la design dia. dua tangan kita akan free..tapi kalo awek nak tumpang teduh same tak dapek la jep..heheh. tapi tetap la terdapat beberapa kekurangan. antaranya nak toleh belakang serius payah bebs. kalau bersin camno tu jang..haha dan agak take space bila simpan  =)

Wednesday 15 June 2011

just a bit my 'harems sketch'


hah. sketch lama aku nih. dulu time belajar 'design development process' mesti kena sketch pasal senang nak kasi lecturer faham. kalo depa paham kita proceed awai la kan..baru boleh merewang dengan jiwa yang tenang..tak gitu...heheh. la ni..bila dah kerja, kita as junior designer just produce je apa yang senior decide. betui tak kata aku..so, harap-harap skill yang dok asah time blajar dulu tu tak hilang  =)

cerita tentang aku dan dia


oh aku & dia

 
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua di pantai yang deru ombaknya menggamit memori zaman kita di tadika Kemas. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu yang pernah didendangkan oleh kompratasa suatu ketika dulu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut Jazz dan pelapik peti ais.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka yang tak dapat ditongkah oleh Giant.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Namek itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak  lipan bara di Utara Laos. Kau pergi jua selepas Proton Saga berjaya dilancarkan dan ketika itu Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

        Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok kelapa sawit secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit kayap dan ketumbit kronik secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar secara terbalik setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi pada siaran radio di rumah Johan. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa raya nan tidak bertepi, apabila daya tarikan graviti terhadap ku tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga medula oblongataku tidak dapat berfungsi dengan lancar. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap hanya ditemani kunang-kunang yang kehabisan bateri dan stalaktit serta stalagmit yang bagaikan sembilu menerjah kelopak bunga tayar yang terbiar tanpa arah tuju di selekoh depan surau AsSobirin Qariah Jenderam Hilir.Teringat kembali memori syahdu tatkala kita bersorak riang menjayakan hari kantin sekolah..

        Kondominium cinta yang kita bina dari makgat depan basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah, menongkah arus dan membanting tulang. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1 ke ruang angkasa raya, ketika itu Edisi Siasat baru sahaja menayangkan sirinya yang pertama. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak  dengan kawan abang iparku ketika menampal tayar. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Aku sering kali menari mengikut rentak lalang ditiup angin seolah-olah kolaborasi antara Paranawey, Shuftle dan Melayu Asli...lama-kelamaan aku bosan lantas aku mengail berumpankan selipar jepun sebelah kiriku. Sudah tiada apa yang perlu ku juangkan di dunia ini, lebih tertekan lagi apabila roti telur yang kubuat malam tadi tinggal suku dimakan tikus gersang yang sudah berdekad lamanya tinggal di loteng bilik bujangku.

       
         Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang, ternyata sikapmu ibarat beg tertanggal zip. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar nombor plat basikal nekNab dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Jiwaku meronta. Ingin saja aku berduet dengan Yuna setelah gagal menyertai kumpulan My Chemical Romance, tetapi apakan daya.. warden blok aku menentang keras. Apapun Aku bersyukur.. jamban masih menerimaku.

        Mengapa?Mengapa sayangku? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh batinku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri yang tak bertepi.Tak dapat ku bayangkan darah yang tersembur keluar tatkala tok Imam menyembelih kibas korban dua tahun lepas. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni getah sekerap  yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak padang pasir dan 386 ekor anak siamang  jantan. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter  dan yang terbaru, Monorail hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera dan pesemboq. Aku bukanlah juru jual ParkSern, penghantar McDonald's, Guru pjk atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman Taro seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari akan kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di kawasan luar bandar tambahan pula loji petronas baru-baru ini sudah kehabisan sumber. Aku sedar diriku ini kerdil walaupun  saiz kakiku bersaiz 13. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi roti arab special dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin Tamiya telah pun aku cincang untuk dibuat makanan ikan sepat  jiran sebelah.Basikal yang sewaktu dulu acapkali kita naiki bersama telah ku gantung di jalan P.Ramli sebagai salah satu monumen negara. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok pisang ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, selagi chipeta bermain untuk perlis...aku tetap menunggumu sehinggalah afganistan bebas dari Amerika laknat. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka, lagi manis jika aku makan kuih melaka di beranda waktu petang. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..

nota aku

nota tutorial yang sangat basic

serius.bagi aku, kalau nak cepat tangkap dalam pembelajaran kita, kita kena buat nota. ini pasai apa ampa nak tau...bila kita buat nota, tangan kita jalan, mata kita lihat, otak kita berfikir. aku rasa ni lagi berkesan daripada belajar stail 'org ajo, kite angguk je'..kalo gitu baik kite bako jee...hahahah

studio life

studio ID6C. dis2009-may2010

nostalgia sungguh bila terpandang gambar nih. sekarang masing-masing dengan haluan masing-masing kan. ade la beberapa orang yang masih rapat lagi.itulah lumrah hidup kat dunia ni. ade pertemuan, ade perpisahan..haha. en.anwarul & en.IZ..peace yeaw!

close-up flora

hutan lipur sg. tekala

ni lah koje aku kalau dah buntu duduk rumah. serius tenang bila view-view ni ade depan mata kita. bak kata orang-orang cina, tenang mata memandang...tenang lagi bahu memikul.

try-try modeling goblet

 cubaan fasa 01


 cubaan fasa 02

cubaan fasa 03

100% modeling. time free boleh la menggodek gini, almaklum la masa ni berstatus tanam anggur hijau lagi..hahah. sekarang pakcik dah bekerjaya, payah dah untuk dapat quality hour untuk menela'ah 3d macam dulu. kalau buat 3d sekarang ni pun common je. almaklum la mostly projek ofis aku "projek gomen" -kata kak.ija..hohoho.

1st time aku buat 3ds max


masa ni aku tengah praktikal dekat ciptra.thanks a lot k.long! inilah 'openable workspace'. tang model tak lah payah sagat, yang hazab bile nak 'memaping' tu. harems!..haha. almaklum la, time tu tak pakai vray lagi. adalah dalam seminggu untuk siapkan natang ni saje..kewlass tak...kahkahkah

design superb dari igarashi




igarashi design perfomance

inilah sumber inspirasi aku dalam mengeksplorasi suatu design. 
hitech + structural + industrial = kelass yaw!
ni hanya sebahagian daripada rekaan konsep dari igarashi. selebihnya boleh la search sendiri.