JOM SELONGKAR!

Wednesday 24 August 2011

shelter competition - event12, 2007

Shelter? pondok? atau tempat teduh? ye lah kot kan. entah.
saja je nak mengimbau kenangan. daripada dok tersimpan gitu je dalam external, nasib baik tak ada anai-anai dalam external tu, baik kita kongsikan, ye dakk.
ini adalah hasil design daripada senior part-04 masa saya part-01 =)
terbaik bukan?!..sangat detail weyy..itu la UiTM.




masa ni saya budak mentah ladi dalam industri ID ni(macam sekarang dah masak)hoho.. kagum yang teramat sangat lah bila berpeluang melihat kompilasi design terulung nukilan pelajar Malaysia tika ini..huh!



ini pun hasil design daripada produk UiTM.
dapat tempat ke-02 kalau tak silap 


kegigihan perlu dipupuk terlebih dahulu untuk menceburi bidang modelling ini.

Tuesday 23 August 2011

koleksian rodapanasin deh,, ngapain apa dong

A part of my collection, model 1047 - 2008

Ford Mustang GT, Mitsubishi Lance Evolution, Auston Martin V8 Vantage,
Datsun 240Z (atuk si nissan), Buick Grand National TM GM, 63 Studebaker,
Audacious, Volkswagen Golf GTI, Triumph TR6, Doge Charger.

gaya susunan parking ala kereta sewa D-Sport =p

Inilah sebahagian koleksi yang seleksi aku yang tak sengaja beli sebenornye. nafsu nafsi betul. tapi bila tengah stress buat kerja belek benda-benda gini bole cool-down balek woo..bagi aku la okk.. tujuan aku memaparkan di ruang sisipan internasi ni bukan apa, bila dah balik rumah ada 2 orang taikun abang besar maa.. sebelum depa pedajai benda ni, baik aku abadikan dulu kan di ruang ini.. yalah nak buat lagu mana.. anok buoh sndiri.. keh3(gelak abg cai)

Friday 19 August 2011

Water Feature & Some Landscape

Inilah kedua kalinya aku buat view exterior.
sekali hantar je. terus approve!..lega rasanya.

klien hanya buat sketches tangan..lantas aku bertanya "Mr.Philip, itu rumah pun, macam mane scheme color itu nye pun adoi.." lantas beliau membalasnya "saiful, itu rumah pun scheme lebih kurang terracotta macam itu la pun..senang aje saiful kan..aduhai nanti I akan email gambar site nye kan.".. itulah bekalan aku dimana pengimiginasian bertaraf global amat lah diperlukan untuk me-match back-kan landscape yang aku dok tibai dengan konsep asal rumah tu..2 hari baru siap (pasal aysik lengah, ofis agak busy time tu) layout + 3d perspectuve..selesai saja step terakhir iaitu meng-email..baru lah beliau dok sebok baru nak antaq site photo... hmmppsst..nasik dah pun mejadi bubur masjid Jamek Kmpg.Baru!..rintihku bersendirian. Alhamdulillah, tuhan memudahkan urusan aku..beliau menerimanya dengan penuh ikhlas.

nilai estetika si buluh betung

Feeeeeerr....tuuu dia..restoran Paktam tak lagu ni.


Design macam ini buat aku tak kelip mata. sampaikan joinery structure tu aku dok fikirin dong. wahaha.. sorry la yeh pada 'id website' yang post pasai restoran ni. ceq copy secara harems naa..heheh. secara ringkasnya, awalnya pemilik restoran ini yang bernama Karjo Sutiman (bukan nama sebenar) inginkan sebuah restoran yang bercitarasa moden lagi unggul di jogjag tu. Dia mahukan konsep 'modern + structural'..kewlass kaw. tapi apakan daya material seumpama itu di indonesia amatlah memakan belanjawan yang sangat tinggi. dari situ si En.Karjo ini terpaksalah mendowngradekan konsep asal restorannya kepada 'modern + tropika'..macam tu la lebih kurang. dari situ dia ketengahkan pula nilai estetik si buluh betung ni dimana kosnya adalah 60% lebih rendah daripada kos idea asal beliau. Yang tak disangka-sangka adalah restoran buluh ini jauh lebih terbilang hasilnya daripada konsep awalnya dimana beliau mengakuinya sediri dengan penuh jujur. maka tampilah pelbagai pihak yang ingin membuat liputan serta mengiktiraf hasil usaha bisnesnya ini. Tahniah sekali lagi En. Karjo Sutiman!

menarik bukan lighting dari celahan step tangga itu. 


 design dia sangat square ye dok..aku suka

 macam mana la ye kalau hujan lobek.hehe





pendapat peribadi aku la kan. lighting dia yang banyak memainkan peranan.